Akaun kedaibukuruwaqjawi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
DAURAH KITAB TURATH

DAURAH KITAB TURATH PERSEDIAAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI TEMPATAN DAN TIMUR TENGAH

PENGENALAN

Ruwaq jawi bakal menganjurkan Daurah Pengajian Kitab Turath persediaan Pra Universiti yang akan diadakan di Pusat Pembangunan Ruwaq Jawi Bertam,Pulau Pinang*. Daurah kitab ini akan diadakan secara bertalaqi dan dibuka penyertaan kepada semua pelajar lepasan SPM,STAM serta yang berminat untuk menyertai daurah ini. 

Program cetusan idea Sohibus Fadhilah Datuk Syeikh Rosli bin Othman ini merupakan julung kali diadakan,dengan harapan dapat membantu meningkatkan mutu akademik penguasaan kitab turath bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat menara gading. Semoga dengan penganjuran daurah ini dapat membantu kecemerlangan akademik pelajar.


OBJEKTIF PROGRAM

- Menyediakan peluang kepada pelajar lepasan spm dan stam untuk memantapkan ilmu asas pengajian kitab turath islamik sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 

- Membantu kecemerlangan akademik. 

- Menarik minat para peserta untuk lebih memahami ilmu pengajian kitab turath.

-Memberikan kefahaman yang baik tentang islam berpandukan akidah ahli sunnah waljamaah. 

- Mengisi ruang waktu menunggu sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 


TARIKH JADUAL PENGISIAN, SUBJEK, TENAGA PENGAJAR SERTA KADAR YURAN KEHADIRAN KE TEMPAT PENGAJIAN. 


1- Usul Fiqh / Al-Waraqat / Ustaz Hairul Nizam Mat Husain /4-7 Jun    (RM75.00)

2- Fekah / Safinah Al-Naja/ Ustaz Akmal Bin Zainudi/ 9-10 Jun            (RM65.00)

3- Aqidah / Al-Kharidah Al-Bahiyah/ Ustaz Ahmad Faiz Bin Khalil/ 3– 6 Julai      (RM75.00)

4- Mantiq/ Al-Sullam  /Ustaz Syukri Bin Sarjimin/ 17/18jun & 7/8 Julai    (RM 65.00)

5- Mustolah Hadith/ Al-Baiquniyyah / Ustaz Mohd Hanif Bin Haron / 19/20/23 Jun   (RM 65.00)

6- Adab/ Taalim Al-Mutaalim/ Ustaz Mohd Nazrul Bin Abd Nasir / 24-25 Jun    (RM45.00)

7- Nahu Sarf / Al-Jurumiyyah/ Ustaz Muhammad Afifi Bin Abdullah/ 11 – 14 Jun   (RM75.00)


BAGI PESERTA YANG INGIN MENGIKUTI SECARA ONLINE AKAN MENDAPAT DISKAUN SEBANYAK 20% BAGI SUBJEK YANG DIIKUTI. 


TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM 

Tarikh : Bermula 1 Jun – 10 Julai 2023

Tempat : Dewan Azhari, Pusat Pembangunan Ruwaq Jawi Bertam.** 

Waktu : Sesi 1 (9.30 Pagi - 12.30 Tengahari) 3jam

              Sesi 2 (2.00 Petang - 4.00 Petang) 2jam

Hari : Tertakuluk kepada jadual dan masa yang akan sentiasa dikemaskini dan dimaklumkan.  

Perasmian program Oleh Sohibul Fadhilah Datuk Syeikh Rosli Bin Othman (Ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang)


Yuran Termasuk 

Kitab Pengajian 

Sijil Penyertaan beserta Ijazah Sanad. 


KEISTIMEWAAN 

Tenaga pengajar pakar dalam setiap bidang. 

Kaedah belajar yang sistematik disediakan untuk menguasai setiap subjek. 

Tempat pengajian yang berhawa dingin dan selesa. 

Pelajar boleh memilih subjek pengajian yang hendak dihadiri.


RAKAMAN 

- Pihak penganjur akan membuat satu group telegram khas bagi memuatnaik semua pengajian untuk memudahkan ulangkaji dan simpanan peserta. 


PENYERTAAN 

Terhad kepada 50 orang peserta yang hadir di tempat pengajian. 

Penyertaan online dibuka terhad kepada 50 peserta. 


PENGINAPAN. 

Pihak pengurusan daurah menyediakan penginapan bagi yang berminat untuk hadir

       ***Penginapan tertakluk kepada permintaan, jika permintaan sangat mengalakkan untuk mendapatkan penginapan, pihak penganjur akan usaha untuk menyediakan homestay dengan bayaran yang berpatutan


PENUTUP 

                 Dengan penganjuran program ini semoga program yang bakal dianjurkan dapat menarik minat dan menguatkan lagi ilmu asas turath kepada semua peserta,supaya lebih bersedia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi


“RUWAQ JAWI DI HATI UMMAT”


Saya Yang Menjalankan Amanah,


……………………………………………….

(MUHAMAD HAZMI BIN MOHD RAZAK)

Penyelaras Program 

+60136459252