Akaun kedaibukuruwaqjawi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
wakafkitabruwaqjawi

PROJEK WAKAF BUKU/ KITAB PENGAJIAN RUWAQ JAWI KEPADA KAUM MUSLIMIN

Ruwaq Jawi melangkah kehadapan dengan memperkenalkan skim "Wakaf Kitab Pengajian" melalui buku-buku terbitanya di Pembangunan Ruwaq Jawi Services. Ia diperkenalkan hasil cetusan idea pembeli buku yang telah membeli buku di Maktabah Ruwaq Jawi, dan untuk sama-sama membantu menyebarkan bahan ilmiah yang telah berjaya dihasilkan untuk manafaat kaum Musliman. 

Jesteru itu pihak pengurusan Ruwaq jawi telah memperkenalkan beberapa kaedah untuk memudahkan bantuan wakaf tersebut dilakukan seterusnya sampai kepada penerima kaum muslimin dan mendapat manafaat selamanya selagi bahan tersebut masih memberikan manafaat. 

Hasil sumbangan wakaf yang disalurkan akan digunakan untuk manafaat kaum muslimin meliputi pengunaan kepada pelajar dan akan disebarkan ke sekolah-sekolah dan masjid. 

Antara jenis pakej yang telah dibuat adalah seperti berikut:-

1- PAKEJ RM10.00 = Pewakaf kitab RM 10 akan mewakafkan satu naskah kitab Jalan Ilmu atau Al-Kharidah al-Bahiyyah kepada kaum muslimin. 

2- PAKEJ RM 30.00 = Pewakaf kitab RM 30 akan mewakafkan dua naskah kitab sama ada 40 Hadith Amalan mudah + al-Kharidah bahiyah atau Intipati Khutbah + jalan ilmu. 

3- PAKEJ RM 50.00 = Pewakaf kitab rm 50 akan mewakafkan dua naskah kitab sama ada pilihan Panduan Umrah dan Zikir Dan Doa Umrah atau Safinah al-Naja + Kharidah al-Bahiyyah atau 40 Hadith Amalan Mudah + Jalan Ilmu + al-Kharidah al-Bahiyyah. 

khusus kepada semua pewakaf boleh memilih untuk terus jenis pakej diatas atau menyerahkan terus kepada pihak Ruwaq Jawi untuk memilih dan menyampaikan wakaf tersebut. 

Bagi setiap buku wakaf yang telah dipilih akan dicop khas Wakaf sebelum diedarkan bagi mengelakan harta wakaf menjadi milik peribadi. 

Pewakaf yang nak terus mewakaf tanpa had boleh terus bankin ke akaun Maybank Pembangunan Ruwaq Jawi di 562106698797

untuk keterangan lanjut boleh terus menghubungi wakil yang terlibat: http://www.wasap.my/60136020412


Terima Kasih Moga bermanafaat.