PROGRAM WAKAF KITAB ILMIAH
KEPADA PELAJAR-PELAJAR
SEKOLAH AGAMA DAN MAAHAD TAHFIZ
PENDAHULUAN
- Ilmu merupakan perkara asas bagi mengangkat kedudukan seseorang atau sesebuah masyarakat.
- Semakin tinggi ilmu seseorang maka semakin tinggi kedudukannya berbanding orang lain.
- Antara sumber dapatan sesuatu ilmu ialah dengan membaca.
- Budaya membaca akan melahirkan ummah yang luas pengetahuan.
- Bagi mewujudkan budaya ilmu kepada ummah, pihak Maktabah Ruwaq Jawi di bawah kelolaan Pusat Pebangunan Ruwaq Jawi akan melaksanakan projek wakaf kitab ilmiah untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar sekolah agama yang terpilih.
- Pihak Maktabah akan mencari tempat wakaf , menerima sumbangan wang ringgit, menyediakan buku dan akan menghantar buku kepada penerima wakaf.
- Projek ini akan dilaksana secara kerjasama dengan pihak sekolahsekolah agama dan yang berminat untuk sertai.
OBJEKTIF
- Mewujudkan peluang berwakaf kepada orang ramai.
- Menyemarakkan budaya ilmu di kalangan pelajar.
- Memperkenalkan kitab-kitab “Turath” kepada pelajar.
- Membekalkan kitab-kitab secara percuma kepada pelajar.
SASARAN PENGLIBATAN
- Individu atau kumpulan yang ingin berwakaf
- Pelajar sekolah-sekolah agama yang berminat.
KAEDAH PEMBAYARAN OLEH PEWAKAF
- Secara atas talian ( online ).
- Secara tunai
SENARAI SEKOLAH YANG AKAN MENERIMA WAKAF KITAB BERSERTA KUANTITI KITAB
| BIL | SEKOLAH | UNIT | JUMLAH HARGA / RM |
| 1 | MAKTAB MAHMUD LANGKAWI | 350 | 5250.00 |
| 2 | SEK MEN AGAMA TARBIYAH, KULIM | 410 | 6,150.00 |
| 3 | SEK AGAMA ISLAHIIAH, LUBUK MERBAU | 120 | 1,800.00 |
| 4 | SMITI DARUL IZZAH, YAN | 150 | 2,250.00 |
| 5 | MADRASAH KHAIRIAH, POKOK SENA | 420 | 6,300.00 |
| JUMLAH KESELURUHAN | 1450 | 21,750.00 |